12 Fakta Tentang Halimah Yaakob, Presiden Baru Singapura

Tepilihnya ahli politik Melayu tersebut mengukir sejarah sebagai presiden wanita pertama Singapura.

Sebenarnya, siapa dia Halimah dan bagaimana beliau terpilih menjadi kepala negara di negara yang berpenduduk majoriti bukan Melayu tersebut?

Berikut 12 fakta tentang Halimah Yaakob yang dapat kami rangkumkan:

1. Lahir pada 23 Ogos 1954 di Singapura dari keluarga Melayu dan India Muslim.

2. Dari 8 orang Presiden Singapura, hanya presiden pertama, Yusof Ishak dan presiden ke-8 terpilih, Halimah yang merupakan Muslim serta dari etnik Melayu.

3. Halimah terpilih untuk menggantikan Tony Tan Keng Yam dan dilantik pada Rabu (13/9/2017) malam.

4. Dia satu-satunya calon yang berjaya lulus kriteria oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Presiden Singapura. Dua calon lain iaitu Farid Khan dan Salleh Marican gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk menjadi calon rasmi. Memang bukan mudah untuk menjadi calon di Singapura berdasarkan syarat-syaratnya yang sangat ketat.

Untuk penjawat awam seperti Halimah, beliau harus memenuhi syarat salah satunya ialah telah menjawat di beberapa jawatan penting politik selama sekurang-kurangnya 3 tahun.

Sementara itu untuk calon dari kalangan swasta, mereka harus memiliki shareholders equity sekurang-kurangnya 500 juta dollar Singapura.

Inilah syarat yang gagal dipenuhi Farid dan Salleh karena shareholders equity perniagaan yang mereka usahakan tidak mencapai angka yang disyaratkan.

5. Halimah berjaya kerana menjawat sebagai Ketua DPR Singapura selama 4 tahun dari 2013 sampai 2017.

Selain itu, untuk pemilihan presiden pada tahun ini, hanya warga Melayu yang dapat mencalonkan diri berdasarkan amandemen konstitusi ini dilakukan tahun lalu untuk memastikan wakil setiap kaum bertukar sebagai presiden untuk setiap penggal.

6. Wanita berusia 63 ini menjadi orang melayu kedua yang menjadi presiden setelah Yusof.

7. Lantikan Presiden Singapura adalah secara seremonial, namun jauh lebih kuat dari presiden seremonial di negara lain.

8. Halimah merupakan isteri kepada Mohammed Abdullah Alhabshee dan ibu kepada 5 anak.

Di balik sosok isteri yang hebat, ada sosok lelaki hebat berdarah Arab.

9. Dari segi pendidikan, dia menamatkan sekolahnya di Singapore Chinese Girls’ School and Tanjong Katong Girls’ School, sebelum melanjutkan pendidikan tinggi ke National University of Singapore hingga mendapat gelaran doktor kehormatan.

10. Halimah merupakan mantan Menteri Negara, Kementerian Pembangunan Komuniti, Pemuda, dan Sukan sejak 21 Mei 2011 hingga 13 Januari 2013.

11. Masih menjawat Ketua Parlimen Singapura sekaligus anggota Parti Aksi Rakyat.

12. Halimah pernah dianugerahkan sejumlah penghargaan, antara lain dari Harian Berita / McDonald’s sebagai Achiever of the Year pada tahun 2001, Penghargaan Wanita Dunia Terbaik Tahun Ini pada tahun 2003, dan AWARE Heroine Award 2011.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *