Sayu! Surat Salah Seorang Mangsa Kepada Ibu Ayah Sehari Sebelum Kejadian

Kemalangan yang meragut lebih 20 nyawa di maahad tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pagi tadi sangat memilukan hati dan mengejutkan seluruh warga Malaysia. Berikutan kejadian, salah seorang ibu mangsa menunjukkan surat yang diterima semalam diberkan oleh mangsa. Anak syurga itu menulis seolah-olah sudah tahu akan pemergiannya.

Di dalam surat itu, mangsa sempat meminta maaf kepada kedua ibu bapanya. Beliau juga menyatakan rasa sayangnya untuk kedua ibu bapanya tersebut. Di akhir surat tersebut, beliau mengatakan tujuannya masuk ke maahad tahfiz tersebut adalah untuk membalas jasa ibu dan ayahnya. Ini adalah bagi membantu ibu ayahnya masuk ke syurga.

Surat pendek ini walaupun ringkas tapi sangat bermakna dan mendalam.

Menurut Saksi Kebakaran Maahad Tahfiz

Sementara itu, menurut saksi kejadian, Hazen,63, beliau terkilan kerana tidak dapat membantu walaupun nampak mereka melambai-lambai meminta tolong dari tingkat atas.

Menurutnya, dia yang tinggal di depan sekolah tahfiz itu terdengar suara lebih 40 pelajar Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah meminta tolong. Dia juga nampak ramai melambai meminta tolong sambil menangis.

“Ketika itu api baru merebak ke separuh bangunan tetapi mangsa tidak ada jalan keluar menyelamatkan diri kerana pintu tidak dapat dibuka.

“Ada antaranya terjun dari tingkat satu dan kami dapat menyelamatkan lima pelajar berusia lingkungan 13 tahun yang terjun dari tingkat satu bangunan.

“Saya dan isteri berniaga makanan di depan rumah. Pelajar tahfiz ini sering datang membeli makanan di gerai kami dan boleh dikatakan kami mengenali semua pelajar di sekolah itu.

Sementara itu, seorang pelajar yang terselamat, Mohd Danial Borhan, 15, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dan terjaga apabila terhidu bau asap dan terdengar jeritan memaklumkan berlaku kebakaran.

Dia yang baru sebulan menuntut di pusat tahfiz itu segera mencari jalan keluar tetapi laluan pintu depan sudah terhalang berikutan api semakin marak.

“Saya nekad keluar mengikut tingkap dengan berpaut pada batang paip untuk turun.

“Saya berjaya menyelamatkan diri bersama 13 rakan lain,” katanya.

Katanya, ada kira-kira 30 pelajar berada di tingkat dua.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *